Budaya Masyarakat Melayu Tidung Tidong_Tawau

Dalam budaya masyarakat Melayu Tidung, tarian zapin atau zipin serta alat muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari budaya Arab sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat masyarakat Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan pendakwah Islam terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin dengan masyarakat tempatan.

Dari segi cara hidup dan adat tradisi masyarakat Melayu Tidung di Tawau ialah sama seperti masyarakat Melayu yang lain. Mereka berpakaian baju Melayu atau lebih dikenali 'Baju Selangur' dan wanitanya memakai baju kurung. Mereka juga lebih biasa bertutur dalam bahasa Melayu lebih lebih lagi kerana mereka telah pun berkahwin campur dengan masyarakat suku kaum yang lain seperti Melayu Suluk, Melayu Bolongan, Melayu Banjar dan Melayu Arab. Oleh itu, tidak hairanlah makanan dan pakaian mereka juga adalah makanan dan pakaian orang-orang Melayu.